...Jom Klik!! Klik!!...Menarik & Cantik...

Selamat Datang ke Blog IbuDarwisy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke blog ibuDarwisy.
Bisnes kecik ibuDarwisy
untuk tempahan kek atau sebarang pertanyaan, sila....

WASSAP
0133250140

FB : Zurina Razalee

Instagram : zurinaaffwisy

TQ To All My Followers

Wednesday, November 27, 2013

Kek Coklat Lapis Cheese

Bila tengok omputih dah pandai makan sambal belacan, makan durian... macam pelik je...

Tapi kan...agak2nye diorang pelik tak tengok orang Melayu makan cheese..sikit2 nak cheese...takde cheese tak sedap katenye...tak nikmat...

Cuma mungkin orang2 lama agak kureng sikit ngan cheese..macam mak mertua aku memang tak makan cheese...kalau bagi kek cheese memang secubit je die makan...

tapi Mak aku pulak, pantang dipelawa...memang suke je makan cheese..
lebihan cheese buat kek mesti nak simpan...buat makan ngan roti pun boleh...

sama la dengan en suami...tak pernah kot makan cheese...tp bila dah kawen ngan aku...tengok aku makan, die pun rasa2 sikit..lama2 dah jadi penggermar cheese pulak...

baru-baru ni, aku dah cuba resepi dari Kak Yatie...selama ni tak pernah nak cuba resepi kek coklat yang lain...tapi kali ni terbuka pulak hati ni nak cuba...
dan ternyata tekstur keknye tersangatlah lembut...memang kena dengan lapisan cheese kat tengahnya tu...terima kasih Kak Yatie sudi berkongsi resepi dan minta halal yer...saya dah copy paste & dah buat jual pun...

sememangnya gandingan coklat & cheese tak dapat disangkal lagi kesedapannya...

kepada yang nak mencuba..meh kite cek resepinye dulu...



Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
Sumber: Kak Yatie


BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

-Selamat mencuba-

No comments:

Click!!!Intersting...........!!!