Sejuk sungguh rasanya...
Mata agak mengantok...
Marilah kite bace citer niii...
Yang dah pernah baca...bacalah lagi...hehe..
Seorang ahli falsafah berkata : "Manusia boleh terbang di udara seperti
burung, berenang di air seperti ikan tetapi tidak mampu berjalan di muka
bumi seperti manusia"
Bercakap tentang topik berjalan, apa kiranya kita berkongsi cerita
kisah seorang ahli suffi membawa anak lelakinya mengembara demi untuk
mengenal erti kehidupan dan kemanusiaan.
Mereka membawa seekor keldai dan melalui beberapa kawasan penduduk .
Perjalanan bermula dengan si ayah menyuruh si anak naik ke atas keldai,
si ayah berjalan kaki.
Tiba di satu kawasan pertama, penduduk berkata : 'Biadap sungguh anak ini membiarkan bapanya berjalan".
Mendengar akan kata-kata itu, si ayah kemudian menyuruh anaknya
turun dan dia menunggang keldai . Sampai dekat kelompok lain, orang
disitu mencemuh:
"Lelaki ini tiada hati perut, dia menunggang, anak dibiarkan berjalan".
Mendengar itu, si ayah dan si anak menunggang keldai
Apabila tiba pada kelompok ketiga, orang berkata : "Sungguh tidak
berperi kemanusiaan dua orang lelaki ini, binatang yang kecil begini di
tunggang berdua."
Mendengar itu, maka ayah dan anak turun berjalan, tiba di satu
kelompok kumpulan orang disitu berkata: "Bodoh betul kedua orang ini,
ada keldai tetapi mereka berjalan".
Mendengar itu, si ayah mengikat kaki keldai pada kayu dan bersama
anaknya menyandar binatang itu, tiba di satu kawasan baru penduduk
ketawa sambil berkata :
:"Gila betul dua orang ini, bukankah keldai ini boleh berjalan sendiri? Apa perlu dikandar?
Setelah itu, si ayah berkata kepada anaknya : "INILAH KEHIDUPAN DI
MUKA BUMI INI WAHAI ANAK KU, OLEH ITU BUATLAH APA YANG KAMU YAKIN BETUL,
BUKAN APA YANG ORANG MAHU KAMU LAKUKAN". Nasihat ahli suffi itu kepada
anaknya.~credit to : Izan Ishak
Pages
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
memang jenuh kalo nak pikir ape orang lain punya pendapat kan...yang penting kita pilih yang terbaik utk kita =)
aah...asalkan jaga hubungan dengan Allah...manusia sesama manusia ni sentiasa & tak pernah puas hati...
salam kenal..done follow sis ;)
tq..follow u back..:)
nice to know u...
Thanks sharing..
Hehe.saya suka baca citer motivasi dan inspirasi..
Jadikan kita lagi positif kan
ash, ur welcome...weekend aritu ayah saya dok bercerita kat dapur time saya & mak tengah memasak...
Post a Comment