...Jom Klik!! Klik!!...Menarik & Cantik...

Selamat Datang ke Blog IbuDarwisy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke blog ibuDarwisy.
Bisnes kecik ibuDarwisy
untuk tempahan kek atau sebarang pertanyaan, sila....

WASSAP
0133250140

FB : Zurina Razalee

Instagram : zurinaaffwisy

TQ To All My Followers

Tuesday, July 24, 2012

Bersyukurlah...

Adakalanya kita tidak sedar tentang perjalanan hidup yang dirancang oleh Allah swt; semuanya pasti membawa kebaikan buat kita, akhirnya.

Sebab itu bersyukur itu adalah yang terbaik. Usahlah persoalkan mengapa kita yang diuji ? mengapa bukan orang lain ? mengapa doa belum dikabulkan ? mengapa & mengapa...

Mungkin bagi sesetengah orang, merasakan 'dia' seorang yang sangat bersyukur. Tapi, kebanyakannya bersyukur hanya pada 'lidah' sahaja. Jadi mari sama-sama kita cek...


-------------------------------------------------------
Antara tanda2 orang bersyukur (sumber : klik sini)

1. Amat pemurah dan tidak berkira-kira untuk menyumbang sebahagian hartanya kepada mereka yang memerlukan.

2. Tidak hanya kenyang keseorangan. Mereka sentiasa memastikan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga tidak kelaparan dan kesusahan.

3. Sentiasa rasa cukup dan tidak mengejar duniawi dan material. Qanaah bukan bermaksud berhenti berusaha dan tiada peningkatan. Tetapi ia bermaksud syukur ke atas rezeki yang diperolehi dan terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal.

4. Hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Mereka yang bersyukur tidak membeli sesuatu yang tidak digunapakai. Bagi mereka, jika ada sesuatu yang lebih penting dan jika ada orang lain dalam kesusahan, itu lebih utama daripada memuaskan mata dan hawa nafsu.

5. Selain berusaha mendapatkan wang, mereka juga begitu sibuk membantu orang lain dengan rezeki yang mereka perolehi. Orang yang bersyukur ‘bukan hanya sibuk mengenyangkan perut sendiri, tapi juga mengenyangkan perut orang lain’.

6. Menjadi diri sendiri. Mereka yang bersyukur sama sekali tidak memperbandingkan dengan orang lain walaupun pendapatannya bukanlah sebesar seperti orang lain. Orang yang bersyukur berusaha mencari rezeki yang halal, memenuhi keperluan hidup seharian, menyimpan buat bekalan dan berkongsi sebahagian dengan orang lain.

7. Tidak menunjuk-nunjuk atau ‘heboh satu kampung’. Mereka yang bersyukur tetap “low profile”, tenang dan terus berusaha.
------------------------------------------------------

Sabda Rasullullah yang bermaksud :
"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya"

Bila hajat tak tercapai...pasti kita rasa sedey...kecewa...
Jadi...untuk mengatasi semua rasa tu...kena paksa diri untuk berfikir +ve...

Bersyukurlah dengan apa yang Allah telah kurniakan buat kita...
Atau cuba bagi pilihan buat diri sendiri...tak dapat apa yang diingini @ ditarik balik apa yang dipinjamkan kepada kita sekarang ? mana lagi sedey ?

Mari sama-sama muhasabah diri...
 

6 comments:

pelangi chenta said...

bila sesuatu keinginan xtercapai pasti akan fikir -ve.lumrah manusia.
bila kita di timpa musibah pasti akan berkata di dalam hati "kenapa aku"?.benda begini pernah berlaku pada anum.
kita dah plan tapi xmenjadi.tapi tuhan itu maha adil dan lebih mengetahui yang lagi terbaik daripada kita.alhamdulilah jika kita renungkan kembali bersyukur dengan apa yang DIA telah tentukan untuk kita.terima setiap musibah dan dugaan itu dengan redha dan sentiasa berfikiran +ve

Nana said...

bila rasa kecewa..akak selalu buat pilihan...nak sedey yang mane?tak dapat ape yg dihajati? @ Allah ambik ape yg akak ade skrg ?
mmg istighfar byk2 laaa...takut sangat...

'sentiasalah bersangka baik dengan Allah...'

Mrs. Amad said...

dah dapat gaji rini..jom derma berjemaah..

Nana said...

Mrs. Amad...tq for remind me...
insyaAllah ada rezki buat mereka memerlukan itu...

ashra said...

Thanks sharing.
Mmg kadang kadang bila kita kecewa,kita pun lupa kan.mmg kena selalu diingatkan...

Nana said...

u'r welcome...:D

aah...saya ni lagi laaa...kalau tak diingat, selalu jugak terlupa & hanyut dengan perasaan sendiri...

Click!!!Intersting...........!!!