...Jom Klik!! Klik!!...Menarik & Cantik...

Selamat Datang ke Blog IbuDarwisy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke blog ibuDarwisy.
Bisnes kecik ibuDarwisy
untuk tempahan kek atau sebarang pertanyaan, sila....

WASSAP
0133250140

FB : Zurina Razalee

Instagram : zurinaaffwisy

TQ To All My Followers

Saturday, June 9, 2012

Doktor, jangan marah yer(",)

Hari Khamis minggu lepas, seorang kaunselor ni kate...Pekerjaan paling stress didunia ialah "DOKTOR". Kesahihannya saya pun tak tahu la. Tapi...logiknya akal saya fikir...begitulah. Sebab doktor ni 24jam berdepan dengan manusia. Dengan macam-macam kerenah dan penyakitnya. Asyik bermain ngan darah saja la kejenye. 


Bagi orang yang memilih pekerjaan sebagai doktor tu...pastinya seorang yang hebat mentally & phisically. Kalau tak...memang kasihan dengan pesakit la. 

Saya tahu...anda pun tahu...sebab kita ni sama2 manusia. Mane ade manusia tu sempurna 100%. Namun, layanan BAIK kepada pesakit wajib menjadi keutamaan mereka. Sebab pesakit yang datang adalah dari berbagai bangsa & peringkat umur. 

Saya tidak tahu bagaimana mahu mengukur kepakaran seorang doktor. Cuma...kadangkala saya merasa hairan bila doktor A, B, C memberi jawapan 1, 2, 3....bukan 1, 1, 1 kepada pesakitnya. Perkara ini sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan. Lagi memilukan bila mereka bercakap/beri penjelasan dengan nada/bahasa yang agak kasar atau lebih tepat lagi kurang sopan. Apatah lagi dengan warga emas. 

Doktor, jangan marah yer(",)...sebab saya tau...bukan semua doktor begitu. Mungkin pengalaman sahaja yang membezakan.

No comments:

Click!!!Intersting...........!!!