...Jom Klik!! Klik!!...Menarik & Cantik...

Selamat Datang ke Blog IbuDarwisy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke blog ibuDarwisy.
Bisnes kecik ibuDarwisy
untuk tempahan kek atau sebarang pertanyaan, sila....

WASSAP
0133250140

FB : Zurina Razalee

Instagram : zurinaaffwisy

TQ To All My Followers

Friday, January 13, 2012

Kerja


Bukan mencari silap orang lain...Bukan juga mendabik dada di kedudukan yang amat rendah ini. Aku jua tak punya apa. Bukan insan hebat untuk dihormati atau dituruti.
Menjalankan tanggungjawab di tempat kerja adalah satu kewajipan tetapi aku sering juga tidak berada di landasan yang betul. Selalu tergelincir ke sana sini di sepanjang tempoh 8 jam itu.
Tidak kunafikan, permulaan melangkah masuk ke alam perkerjaan dibawa oleh hati yang berat. Jiwa & hati ini masih di kampus. Keinginan untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah terpaksa aku tahan dulu. Maka, yang hadir ke ofis setiap hari hanyalah jasad aku.
Terima kasih terlebih dahulu aku ucapkan kepada pegawai atasan aku yang sangat banyak menurunkan ilmu. Tak ternilai rasanya buat aku. Meskipun terkadang berlaku konflik dalam diri aku sehingga menjejaskan reputasi aku di tempat kerja.
5 tahun berada di sini, masih banyak yang belum aku fahami. Konsep bekerja adalah jauh dari yang nampak dek mata kasar & juga segala yang tertulis di Surat Aku Janji. Ia lebih dari itu. Semua harus dipastikan, agar pergaulan formal & tidak formal berada dalam harmoni. Menghormati sesama insan juga sangat penting.
Bos punya hak ke atas kita atas segala urusan rasmi di pejabat. Kalau tidak meminta pertolongan kita, lalu kepada siapa...? Perlu difahami aliran kuasa dan tugas itu. Sesusah manapun atau sesenang manapun sesuatu kerja diarahkan...mestilah kita turuti. Itu yang akan membawa impak tatkala borang LNPT diisi dengan angka dari julat 1 - 10 itu.
Bila bos busy...ingatlah sendiri, pasti kita sebagai penolong/pembantu ini yang akan turut merasainya...mungkin 10% atau lebih dari itu. Nama lagi penolong/pembantu, bukan begitu..?
Aku ni kuli-kuli aje...bos aku pun kuli kepada bos die...
Siapa pun kite...ape pun gelaran kita...KITA sama di sisi Allah swt...hambaNya yang hina...


4 comments:

Edura Hanum said...

ye..kita memasing ada tanggungjawab sendiri.kita membantu boss kita.manakala boss kita pula membantu boss atas dia.
suasana kerja dan persekitaran yang baik akan mempengaruhi mud bekerja.jika hubungan kita ngn boss dalam keadaan yang baik sure kerja yang kita buat akan ikhlas dan menyeronokkan

Ini Kisah Kami said...

ya betul tu...
kalo tensen2 tu, kena cpt2 muhasabah diri...sblm hanyut ngan perasaan sendiri...

zOeY zAu YaH said...

yg penting kerja dgn rasa tggjwb..ssh nk cari yg btl2 fhm tggjwb sendiri =)

Ini Kisah Kami said...

zoey zau yah, kadang2 mungkin ade yang tak sedar...

Click!!!Intersting...........!!!