...Jom Klik!! Klik!!...Menarik & Cantik...

Selamat Datang ke Blog IbuDarwisy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke blog ibuDarwisy.
Bisnes kecik ibuDarwisy
untuk tempahan kek atau sebarang pertanyaan, sila....

WASSAP
0133250140

FB : Zurina Razalee

Instagram : zurinaaffwisy

TQ To All My Followers

Thursday, February 17, 2011

Psoriasis






Kawan-kawan, aku sekadar ingin berkongsi sedikit info tentang penyakit yg Abah hidapi sejak lebih kurang 6 tahun lalu. Bermula dengan rasa gatal di jari manis...Abah terus tanggalkan cincin pusaka arwah Tok Wan...Kata Abah : "Mungkin cincin ini penyebabnya"
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...lama kelamaan Abah rase gatal hampir 90% di seluruh badannya...berbagai2 ikhtiar telah dilakukan termasuk ke Hospital Pakar & tradisional..semuanya tak berhasil. Muka Abah dah bengkak2 ketika itu...semcm org lain je bila tgok wajah Abah...
Akhirnya, pada satu hari Abah terdengar info kesihatan di radio. Bermula dari situ Abah cuba mendapatkan 'Spirulina' dari pengasas produk tersebut....& Alhamdulillah kini kulit Abah sudah sembuh hampir 80%...Abah terus mengamalkan produk tersebut sehingga kini...


(Semua penyakit ada ubatnya...tetapi bergantung kepada keserasian dengan diri individu itu sendiri jugak)



psoriasis2
Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.
Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis
- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
- Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan
- Guttate psoriasis
- Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)

Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
- Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
- Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat) Krim dan ubatan yang boleh melegakan.
Pelembab - Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
- Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
- Menggunakan sarung tangan
- Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
Ubatan dan krim
Doktor akan memberi ubatan seperti :
- Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
- Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
- Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA
Di mana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda
Perkara perlu diingati
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

Sumber: www.myhealth.gov.my

No comments:

Click!!!Intersting...........!!!